a) Umur 0-6 Tahun
(Peringkat Prasekolah)
Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum lagi mempunyai fikiran
yang kritis untuk memahami sebab dan akibat atau cara dan tujuan. Buku-buku
untuk peringkat umur ini harus mengandungi teks yang pendek supaya kanak-kanak
dapat memahami bahan bacaan dengan mudah.
b) Umur 6-8 Tahun
Kanak-kanak pada umur ini mempunyai sifat ingin tahu dan sudah
mengerti serba sedikit tentang sesuatu perkara yang dibicarakan oleh orang
dewasa. Pada peringkat ini, mereka sudah boleh membaca buku yang mengandungi
teks yang banyak. Buku-buku bergambar juga masih sesuai untuk mereka kerana
boleh memberi gambaran kepada teks. Mereka juga berminat dalam hal-hal yang
berkaitan dengan binatang dan alam semula jadi.
c) Umur 8-10 Tahun
Pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang
semakin berkembang dan mereka seronok dengannya. Oleh itu, untuk membantu
kanak-kanak memenuhi keperluannya ketika berimaginasi, bahan bacaan yang
mengandungi cerita-cerita yang sesuai digunakan untuk mereka.
d) Umur 10-12 Tahun
Pada peringkat ini, mereka telah mempunyai sikap kritis terhadap
unsur-unsur kenyataan dan bersedia untuk menerima pengetahuan baharu.
Perkembangan tatabahasanya juga berkembang dan mempunyai kebolehan dalam
mengungkapkan idea-idea yang abstrak. Mereka sudah mampu mengikuti arahan-arahan
yang terdapat dalam buku mereka. Bahan bacaan yang sesuai kepada mereka ialah
buku yang berhubung dengan seni dan kerja tangan mampu menarik minat mereka.
No comments:
Post a Comment